TAHUN 2014 YANG AKAN DIINGATI | #KaranganBolaSepak

TAHUN 2014 YANG AKAN DIINGATI | #KaranganBolaSepak by Zul Effandi

Mula menonton aksi pasukan Pahang di stadium sejak tahun 2012 dan suka duka itu bersilih ganti saban tahun. Namun begitu, tahun 2014 tetap akan diingati sampai bila-bila.

Tidak menunggu lama untuk meraih perhatian, pasukan Pahang bimbingan Ron Smith pada awal musim 2014 berjaya meraih Piala Sumbangsih. Hadir di atas kapasiti Juara Piala Malaysia 2013, pasukan Pahang berjaya menjinakkan Lions XII di laman sendiri hasil jaringan Matias Conti.

Namun, pasukan Pahang bergelut dengan aksi yang tidak konsisten di dalam liga apabila tewas pada perlawanan selepas itu sebelum berjaya menang pada perlawanan keempat menentang JDT di laman sendiri. Kemenangan epik 3-2 itu pasti tidak akan dilupakan.

Matias Conti menggamatkan stadium dengan gol pertama. Kemudian Pablo Aimar menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama. Fauzi Roslan menjaringkan gol kedua untuk Pahang sebelum tandukan Safee Sali menerjah jaring. Di saat kedudukan bakal berakhir seri 2-2, sepakan percuma Azidan Sarudin berjaya disambar oleh Hafiz Kamal untuk gol kemenangan 3-2 pada malam itu.

Pasukan Pahang kemudiannya berjaya menemui rentak kemenangan  dan membutirkan kemenangan perlawanan demi perlawanan. Beberapa bulan selepas itu, Pahang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2014 menentang Felda United. 

Pahang ketinggalan 0-1 pada babak pertama. Satu stadium gelisah menantikan jaringan penyamaan pasukan Pahang. Selepas itu, kaki kiri Faizol Husain hadir sebagai pemusnah untuk menewaskan Farizal Harun. Kedudukan terikat 1-1 dan Faizol Husain sekali lagi menjadi tunjang untuk gol kemenangan. Sepakan percuma beliau berjaya ditampan oleh Zesh Rehman sebelum disudahkan oleh Dickson Nwakaeme. Wisel penamat ditiup. Pahang dinobatkan sebagai Juara Piala FA 2014.

Kemudian, pasukan Pahang sekali lagi mara ke pentas akhir. Kali ini, perlawanan akhir Piala Malaysia mempertemukan pasukan Pahang dan JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil. Atmosfera di SNBJ ketika itu bukan biasa-biasa. Suara penyokong bersorak sorai. Boys of Strait dan Elephant Army berpadu suara.

Nagor Amir meniup wisel sepak mula. Pahang bermula baik dengan gol pertama melalui tandukan Dickson Nwakaeme sebelum Pereyra Diaz menyaman kedudukan menjadi 1-1. Situasi handball Razman Roslan berjaya menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT dan Figueroa jelas memanfaatkannya. Kemudian, insiden Saifulnizam Miswan menumbuk perut Amri Yahyah menyemarakkan pertemuan pada malam itu. Beliau dilayangkan kad merah. Pahang beraksi dengan kekuatan 10 orang pemain.

Tidak lama selepas itu, Dickson Nwakaeme sekali lagi memberikan kelegaan buat penyokong pasukan Pahang untuk menjaringkan gol penyamaan 2-2. Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan dan seterusnya penalty shoot-out. Zainal  Abidin mempertaruhkan empat defender dan satu defensive midfielder untuk mengambil tugas sepakan penalti. Ringkasnya, sepakan penalti  Matyo berjaya diselamatkan oleh Khairul Azhan dan sepakan penalti kaki kiri Hafiz Kamal berjaya memastikan Piala Malaysia kekal di bumi Pahang dua tahun berturut-turut.

Sekaligus, pasukan Pahang menamatkan musim 2014 di tangga ketiga Liga Super di samping tiga kejuaraan lain. Manis untuk dikenang dan diceritakan kepada generasi akan datang. Melihat pasukan kegemaran menempa kemenangan dan kejuaraan adalah satu nikmat bagi peminat bolasepak. Walaupun hanya berada di rumah, keseronokan itu tetap dapat dirasa. Apatah lagi jika berada di stadium menyaksikan magis kejayaan di depan mata.

Menjadi sebahagian daripada ribuan penyokong yang menyaksikan kegemilangan pasukan Pahang pada tahun 2014 adalah satu kenangan yang akan diceritakan kepada anak dan cucu suatu hari nanti. Biarpun pasukan Pahang kini kurang menjadi, ceritera yang manis dan indah itu akan tetap menjadi sejarah yang akan terpahat diingatan. 

Maka, kita perlu sedar bahawasanya memori-memori indah yang berkait rapat dengan perkara yang kita gemari, khususnya bolasepak, tidak akan luput sampai bila-bila. Jika menonton bolasepak itu berjaya membuatkan kita happy, maka tidak salah untuk kita teruskan melakukan perkara tersebut  meskipun usia dan suasana sekitar berubah. 

9742_10152412936480846_5695732312611959977_n.jpg

Note from padangbolasepak.com: During the Restriction Movement Order 2020 Malaysia to combat Covid19 - Padangbolasepak.com encourages you from home to write essays about our beloved game of football. Can be anything. Why you fell in love with it? Your first game watching or playing? Friendships forged? Etc. Stars the limit. ⁣

500-1,000 / more words.⁣

The objective is simple. Sharing the joy of football. Challenge you to write about the joy you may want to share. As well as keep you occupied and encourage to write. Provided that you have nothing else to do.⁣ Email us your essay with a photo attached at contact@padangbolasepak.com & we’ll post on the website as well on social media.⁣

Thank you and take care brothers and sisters.