PERTAMA DITUTUP TETAPI YANG TERAKHIR DIBUKA?
Perkongsian - MENGAPA KAMI YANG PERTAMA DITUTUP TETAPI YANG TERAKHIR DIBUKA? Oleh Football Association of Selangor
Bola sepak akar umbi termasuk akademi bola sepak dan perlawanan bola sepak sosial & komuniti mengalami kerugian yang besar sejak PKP 1.0. Kerugian ini meliputi pendapatan yang bakal diperolehi oleh individu yang terlibat dalam industri ini seperti pengadil, pengurus, penganjur liga, jurugambar, pengulas, jurulatih serta kos yang melibatkan operator padang.
Infografik berikut merupakan anggaran kehilangan potensi pendapatan yang telah dialami oleh industri bola sepak akar umbi sepanjang PKP & PKPB yang sebelum ini. Ini tidak termasuk sektor berkaitan lain seperti pembekal peralatan & pakaian. Jika diambil kira tempoh hampir 1 tahun 2 bulan bola sepak akar umbi terjejas sejak PKP 1.0 hingga kini, jumlah potensi pendapatan melebihi 100 juta untuk semua yang terlibat telah hilang.
Menghalang mungkin bukan jalan yang terbaik & mereka ini juga perlu dibantu untuk menjamin kelestarian sukan di peringkat akar umbi.