Kalau bukan kerana Fakri.. | #KaranganBolaSepak
Kalau bukan kerana Fakri.. | #KaranganBolaSepak by Nizam Archibald
Mungkin ramai yang ingat aku berjenaka, tetapi ada kalanya memang aku berjenaka.
Lord Fakri, Super Fakri, Ultra Fakri. Macam-macam gelaran yang aku dan ramai orang beri kepada pemain ini. Tahap lagendanya pemain ini disamakan dengan pemain seperti Lord Bendtner kalau di Eropah.
Tapi sebenarnya, kagumnya aku pada pemain bernama Fakri Saarani bukan satu jenaka. Ya, aku memang kagum dengan Fakri dan bukan hanya kerana dia pernah bermain untuk Kuala Lumpur.
Aku masih ingat ketika melihat pemain ini menyarung jersi kebangsaan. Dia sentiasa memberikan 100% setiap kali bermain, walaupun ada masanya terlebih sampai kena kad merah, tapi sekali pun dia tak pernah memberi kurang daripada itu.
Fakri ini bagi aku bukan seorang pemain yang tamak. Dia ibarat Wayne Rooney dahulu, walaupun seorang penyerang tetapi sanggup beraksi di mana-mana posisi demi pasukan.
Fakri adalah antara watak penting dalam tiga tahun di mana Malaysia merangkul kejuaraan. Mungkin ramai yang akan mengingati sepakan penalti Fakri di Sukan SEA 2011, tetapi di Sukan SEA 2009 Fakri adalah hero. Malaysia perlu mencatat kemenangan ke atas Thailand untuk layak ke separuh akhir. Ketinggalan 1-0, Malaysia tetap cuba mencari jalan menewaskan Thailand yang merupakan juara bertahan. Malaysia akhirnya berjaya menyamakan 1-1 menerusi Nasriq Baharom, tetapi seri tidak mencukupi untuk Malaysia. Ketika Malaysia nampak akan tersingkir di peringkat kumpulan, Fakri Saarani berada di posisi yang tepat untuk merembat masuk hantaran Norshahrul pada masa kecederaan.
Sebenarnya pada tahun 2011, Fakri juga adalah hero. Dalam aksi separuh akhir menentang Myanmar, ketika kedudukan terikat 0-0, sekali lagi Fakri menjadi wira. Izzaq Faris membuat satu lintangan tetapi barisan pertahanan dan penjaga gol Myanmar merasa sudah terselamat kerana bola itu tidak tepat kepada dua pemain yang sudah bersedia di dalam kotak. Tanpa mereka sedari, bagaikan seorang adiwira, Fakri Saarani yang tidak kelihatan di skrin tv ketika itu tiba-tiba muncul dan berlari ke dalam kotak penalti Myamnar untuk menjaringkan gol tunggal Malaysia yang membawa kita ke final.
Tidak cukup dengan itu,kita perlu ingat bahawa tak ramai pemain kita yang berani untuk mencuba nasib di luar negara. Walaupun tak sampai 10 perlawanan, tetapi Fakri tetap berani untuk cuba beraksi di Portugal berbanding pemain-pemain lain yang dikatakan lebih berbakat daripada pemain ini.
Katalah apa korang nak kata pasal Fakri. Korang boleh samakan dia dengan Lord Bendtner, tapi kagumnya aku pada Fakri Saarani adalah satu perkara yang benar dan bukan gurauan.
Note from padangbolasepak.com: During the Restriction Movement Order 2020 Malaysia to combat Covid19 - Padangbolasepak.com encourages you from home to write essays about our beloved game of football. Can be anything. Why you fell in love with it? Your first game watching or playing? Friendships forged? Etc. Stars the limit.
500-1,000 / more words.
The objective is simple. Sharing the joy of football. Challenge you to write about the joy you may want to share. As well as keep you occupied and encourage to write. Provided that you have nothing else to do. Email us your essay with a photo attached at contact@padangbolasepak.com & we’ll post on the website as well on social media.
Thank you and take care brothers and sisters.