Cinta Pertama | #KaranganBolaSepak

Cinta Pertama | #KaranganBolaSepak by Khairyl Afandi

Cerita bolasepak aku bermula sewaktu aku berumur 6 tahun. Dari kecil aku suka baca komik dan main game tape. Benda ini lah yang buat bapak aku, seorang jurulatih akademi bolasepak remaja marahkan aku. 

Satu hari aku dipaksa untuk ikut pergi latihan di Padang Utara, PJ. Aku ingat lagi sepatu bola aku yang pertama, Lotto berwarna kelabu. Di atas kotak tertulis harganya iaitu RM40. Ketika pertama kali aku menendang bola dengan memakai sepatu yang betul, aku jatuh cinta. Hidup aku hanya bolasepak ketika itu. Berapa kali putus cinta kerana bolasepak, tapi bolasepak tidak pernah tinggalkan aku. 

Aku masih ingat dulu selalu ke Stadium MPPJ melihat zaman kegemilangan MPPJ memenangi Piala Malaysia 2003. Aku berpeluang berjumpa dengan hero-hero aku ketika itu seperti Jamsari Sabian, Aiman Firdaus, Juan Arestogui, Bruno Martelotto dan ramai lagi. Aku masih ingat bermain bolasepak menggunakan penutup botol di perkarangan stadium MPPJ. Aku masih ingat ketika MPPJ ketinggalan dan terdesak mencari gol, aku dan rakan-rakan akan membaca Asmaul-Husna dan berdoa agar MPPJ diberi kemenangan. 

Hidup ini bukan selalu indah. Selepas aku dikejarkan ke hospital sewaktu berumur 17 tahun kerana Pneumothorax, aku dipaksa untuk berhenti bermain bola secara serius. Perasaan ketika doktor meminta untuk berhenti bermain tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Menangis tanpa henti, mimi ngeri diwaktu malam dan berasa sebak ketika melihat rakan-rakan seperjuangan yang lain gembira beraksi di stadium bersama pasukan masing-masing. 

Tapi aku menjumpai hidayah sepanjang perjalanan itu. Bolasepak tidak berakhir bila kita tidak dapat realisasikan impian diri bermain profesional. Bolasepak itu cinta pertama, dia tidak akan pergi. Aku masih boleh bermain bola sedangkan ada yang tiada kaki. Aku masih membeli sepatu bola sedangkan ramai yang tidak mampu. Aku masih boleh ke stadium dan merasai kehangatan dan suasana disana, sedangkan ramai lagi tidak kesampaian. Aku tidak boleh putar balik masa, tapi aku boleh sentiasa maju kehadapan. 

Essay.jpg

Note from padangbolasepak.com: During the Restriction Movement Order 2020 Malaysia to combat Covid19 - Padangbolasepak.com encourages you from home to write essays about our beloved game of football. Can be anything. Why you fell in love with it? Your first game watching or playing? Friendships forged? Etc. Stars the limit. ⁣

500-1,000 / more words.⁣

The objective is simple. Sharing the joy of football. Challenge you to write about the joy you may want to share. As well as keep you occupied and encourage to write. Provided that you have nothing else to do.⁣ Email us your essay with a photo attached at contact@padangbolasepak.com & we’ll post on the website as well on social media.⁣

Thank you and take care brothers and sisters.