Saya Dan Bolasepak | #KaranganBolaSepak
Saya Dan Bolasepak | #KaranganBolaSepak by Hanif Miswan
Ianya adalah tahun 1997, perlawanan akhir Piala Malaysia pada hari Sabtu malam minggu, seorang budak kecil berusia 9 tahun, dibawa ke Stadium Shah Alam hanya dengan motosikal Kriss empat lejang oleh abang sulungnya.
Lahir dan dibesarkan di Kampung Pendamar, Klang. Pastinya pasukan yang di sokong adalah pasukan Merah Kuning.
Lawan yang ditentang pula memilih warna Hitam dan Putih sebagai warna kebanggaan mereka.
Gergasi Merah menentang amukan Tok Gajah.
Duduk di bahagian teres bawah bertentangan bangku simpanan para pemain, hanya nampak sosok kelibat pengendali Steve Wicks dari kejauhan.
Namun yang paling mengujakan sepanjang 90 minit permainan pertarungan pentas akhir yang berkesudahan tanpa jaringan ini, adalah kekebalan Zainal Abidin Hassan, kekentalan Assrof Hanafiah, ketenangan Nazzab Hidzan yang dicanang sebagai idola dari kampong sebelah, kelicikan Azman Adnan, ketenangan Mehmed Durakovic, visi dan kawalan bola Shahril Arshat dan kepantasan seorang lagi pemain import Christopher Kiwomya.
Perlawanan akhir bolasepak pada ketika itu adalah ibarat pesta, satu keraian dimana semua peminat nya (yang layak ke pentas akhir) berkumpul, bersorak bersama sama, memakai topeng, menconteng muka dan paling seronok pastinya pengalaman makan burger stadium ketika aksi rehat separuh masa.
Dan pesta sebenar malam itu bermula dan berakhir pada aksi masa tambahan. Hantaran dari sebelah kiri yang ada biasan dari tandukan pemain pertahanan lawan, singgah tepat ke kaki Kiwomya. Pada situasi itu, seorang penyerang yang hadir dengan penuh kaliber seperti beliau, hanya satu outcome sahaja, GOL EMAS.
Pada ketika itu tiada siapa kisah dari mana asal usulnya orang sebelah atau si penjaring gol. Pada waktu itu tiada siapa sempat melihat apa warna kulit, bangsa dan agama apa yang di amalkan.
Pada ketika itu, semua bersorak, melompat meraikan jaringan, meraikan kemenangan.
Dan pada ketika itulah, cinta saya pada bolasepak memuncak tinggi nya mencari kayangan.
Dan selepas waktu itu lah, timbul satu perasaan untuk mencari peluang menyarung jersi keramat, bermain demi lencana di dada.
Dua puluh tiga tahun kemudian, oleh kerana peristiwa satu malam yang takkan dapat dilupakan ini,saya berada di sini seperti mana saya sekarang.
Tidaklah seperti yang sentiasa diimpikan, tetapi cukup lah untuk diceritakan kepada generasi yang mendatang. Bagi sesetangah orang, bolasepak adalah sekadar sukan.
Namun, bagi kebanyakan orang termasuklah seorang Hanif Miswan, bolasepak adalah kehidupan.
Melalui bolasepak saya membesar, menerusi bolasepak saya melanjutkan pelajaran, dan kerana bolasepak saya boleh meneruskan kelangsungan kehidupan.
Walaupun bukan sebagai seorang pemain bolasepak, namun sentiasa ada keseronokan dalam bolasepak, selagi ianya adalah minat dan kecintaan. Saya dan bolasepak.
Note from padangbolasepak.com: During the Restriction Movement Order 2020 Malaysia to combat Covid19 - Padangbolasepak.com encourages you from home to write essays about our beloved game of football. Can be anything. Why you fell in love with it? Your first game watching or playing? Friendships forged? Etc. Stars the limit.
500-1,000 / more words.
The objective is simple. Sharing the joy of football. Challenge you to write about the joy you may want to share. As well as keep you occupied and encourage to write. Provided that you have nothing else to do. Email us your essay with a photo attached at contact@padangbolasepak.com & we’ll post on the website as well on social media.
Thank you and take care brothers and sisters.