Setia dengan bolasepak tempatan | #KaranganBolaSepak

Setia dengan bolasepak tempatan | #KaranganBolaSepak by Hazeem

Setia. Satu perkataan yang begitu mendalam maksudnya, setia boleh dikaitkan dengan pelbagai perkara termasuk bolasepak.

Rasa tertarik untuk berkongsi kisah saya sendiri bagaimana bolasepak itu membuatkan saya setia dengan sesuatu perkara. Iaitu setianya saya terhadap pasukan kebangsaan dan pasukan tempatan kegemaran walaupun mengalami naik dan turun.

Berbalik pada tahun 2010 - ketika itu masih di sekolah asrama, sejujurnya pada masa itu saya tidak mengikuti bolasepak tempatan melainkan hanya mengenai pasukan kebangsaan. Pada masa itu saya amatlah mengikuti rapat perkembangan pasukan luar kegemaran saya, Man Utd sehingga sanggup meminta ayah mesej saya mengenai perlawanan pada awal pagi Rabu/Khamis. Kebetulan ada beberapa rakan mengusik saya dengan bertanya "Takkan support MU je kot? Local team tak ada ke? KL apa cerita?". Mungkin soalan itu
ditanya kerana saya dilahirkan dan dibesarkan di KL. Pada masa itu saya belum faham lagi erti kebanggaan dan kesetiaan. Apa yang saya tahu menang, menang dan menang.

Selepas Malaysia memenangi Piala AFF 2011, barulah saya perlahan-lahan mengikuti bolasepak tempatan. Namun ketika itu masih belum ada pasukan yang hendak disokong, sekadar untuk ambil tahu pengetahuan penting mengenai kancah bolasepak tempatan. 

Akhirnya pada hujung tahun 2011, saya nekad untuk menyokong Kuala Lumpur. Saya sedar risiko yang diambil untuk menyokong pasukan yang tidak seberapa gah seperti musuh setempatnya Selangor. Dengan ketika itu KL menghadapi pelbagai rintangan, boleh katakan 2 musim pertama saya mengikuti KL secara serius amatlah sukar. Rekod satu-satunya pasukan Liga Super yang tak menang langsung dalam satu musim (2012) menjadi sejarah sehingga hari ini. Lebih parah, tahun seterusnya (2013) pasukan kesayangan saya terlibat dalam skandal jual perlawanan yang kembali menghantui bolasepak kita. Walaupun sedemikian, saya tak pernah rasa ini mengalah dari terus menyokong pasukan ini. Kerana saya percaya situasi beginilah yang akan menguatkan semangat untuk terus mengikuti KL. 2014 beraksi di Liga FAM, mujur kembali ke
Liga Perdana pada tahun berikutnya.

Adakalanya saya rasa agak patah hati untuk mengikuti bolasepak tempatan. Baik di peringkat liga mahupun pasukan kebangsaan ada saja drama serta perkara buruk berlaku yang menyebabkan semakin ramai menjauhkan diri untuk fokus dengan bolasepak Malaysia. 2015 - KL jatuh ke Liga FAM (kemudian diselamatkan asbab Lions XII tidak lagi bertanding dlm Liga-M
untuk musim berikutnya), serta Malaysia dibelasah sebanyak 4 kali (0-6 vs Oman (A), 0-6 vs Palestin (Home dan Away), vs UAE 0-10 (A)))). Bukan itu sahaja, malahan juga mencatatkan beberapa keputusan yang amat mengecewakan sungguhpun melakukan persediaan yang begitu lama. 

Pada ketika ini saya mula terfikir adakah berbaloi dengan sokongan yang diberikanterhadap bolasepak Malaysia? Pasukan kebangsaan dan pasukan KL buatkan saya terlalu kecewa pada tahun tersebut. Apapun, terbit rasa hati saya untuk terus menyokong walaupun luka tidak kelihatan berparut di hati. Saya percaya situasi sukar ini apabila dilalui dengan sabarnya akan membuahkan hasil yang manis pada kemudian hari.

2017 - tahun yang penuh keajaiban. Musim tersebut akan dikenang sebagai musim terindah sebagai penyokong KL. Dari menduduki tempat ke-8 Liga Perdana selepas Perlawanan ke-8, akhrinya menjadi
juara Liga Perdana hanya denggan perbezaan jaringan sekaligus menamatkan penantian kembali ke Liga Super setelah 5 musim. Sebuah kisah "comeback" yang begitu menakjubkan, terasa manisnya kejayaan apabila kesetiaan yang diberikan ketika berada di bawah membuahkan hasil. Apapun menyokong pasukan yang dikatakan penyokongnya tidak sampai 100 orang, memerlukan pengorbanan yang begitu tinggi serta keazaman untuk menghadapi saat-saat sukar. Terlalu banyak naik dan turun berkisar dengan pasukan tempatan kegemaran saya, tapi kerana setia saya masih lagi di sini.

Selagi hayat dikandung badan, selagi itu sokongan tetap akan diberikan walau apa jua pun terjadi.

Setia itu bukan ketika gah meraih kejayaan, tetapi ketika anda menghadapi kesukaran yang berterusan.

-Hazeem Din-

IMG_20180722_190653.jpg

Note from padangbolasepak.com: During the Restriction Movement Order 2020 Malaysia to combat Covid19 - Padangbolasepak.com encourages you from home to write essays about our beloved game of football. Can be anything. Why you fell in love with it? Your first game watching or playing? Friendships forged? Etc. Stars the limit. ⁣

500-1,000 / more words.⁣

The objective is simple. Sharing the joy of football. Challenge you to write about the joy you may want to share. As well as keep you occupied and encourage to write. Provided that you have nothing else to do.⁣ Email us your essay with a photo attached at contact@padangbolasepak.com & we’ll post on the website as well on social media.⁣

Thank you and take care brothers and sisters.