Bolasepak adalah kehidupan | #KaranganBolaSepak

Bolasepak adalah kehidupan | #KaranganBolaSepak by AdbIkhls

Dulunya semasa kecil, minat aku terhadap bolasepak hanyalah biasa biasa sahaja. Sekadar suka menendang bola dan bermain bersama rakan rakan selepas tamat waktu persekolahan, tidak lebih dari itu. Aku juga tidak suka untuk menonton perlawanan bolasepak kerana menganggap ia “bosan”

Entah bagaimana, selepas menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah pada musim 2008-09 bersama abang aku, aku mula meminati bolasepak dan pasukan yang beraksi dalam perlawanan itu walaupun pasukan itu kalah dalam perlawanan tersebut.

Selepas kejadian itu, aku mula mengenal nama pemain pemain, jurulatih, stadium dan macam macam lagi mengenai pasukan itu. Aku mula mengikuti perkembangan dan menonton perlawanan perlawanan pasukan itu di kaca tv. Minat aku terhadap bolasepak semakin mendalam.

Namun, itu hanyalah untuk pasukan di liga Eropah. Untuk pasukan di liga tempatan, aku langsung tidak mengenali sesiapa, hanya tahu sedikit tentang nama nama pasukan yang beraksi termasuk negeri kelahiran aku sendiri, Terengganu.

Pada tahun 2014, aku mula belajar dan ambil tahu tentang bolasepak tempatan dan aku mula menyertai satu “pergerakan” di stadium untuk menyokong pasukan kelahiran aku. Dan bermula dari situ, aku mula obses dengan liga tempatan. Aku mula kerap hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan dan memberi sokongan kepada pasukan aku. Aku mula merasai perkara baru dalam hidup aku. Walaupun liga tempatan tidak mencapai kualiti yang sama dengan liga di eropah, namun aku merasa lebih puas dalam memberi sokongan di liga tempatan kerana disini aku dapat hadir di stadium untuk menyaksikan pasukan aku dengan lebih dekat berbanding di kaca televisyen sahaja.

Bolasepak telah mengajar aku erti kesetiaan, erti kegembiraan dan kesedihan untuk dikongsi bersama, segala kesenangan dan kesusahan, segala pahit manis. Daripada sukan bolasepak lah aku dapat ramai kawan di stadium dan juga seluruh negeri. Tanpa bolasepak, aku yakin aku takkan merasa “nikmat” sebegini di dalam hidup aku. Tanpa bolasepak, hidup aku rasa tidak lengkap.

Bolasepak mengajar aku bahawa ia lebih dari segalanya, bukan hanya tentang 22 pemain yang beraksi di tengah padang. Oleh itu, tidak berat untuk aku katakan bahawa “Bolasepak adalah kehidupan”. 

image.jpg

Note from padangbolasepak.com: During the Restriction Movement Order 2020 Malaysia to combat Covid19 - Padangbolasepak.com encourages you from home to write essays about our beloved game of football. Can be anything. Why you fell in love with it? Your first game watching or playing? Friendships forged? Etc. Stars the limit. ⁣

500-1,000 / more words.⁣

The objective is simple. Sharing the joy of football. Challenge you to write about the joy you may want to share. As well as keep you occupied and encourage to write. Provided that you have nothing else to do.⁣ Email us your essay with a photo attached at contact@padangbolasepak.com & we’ll post on the website as well on social media.⁣

Thank you and take care brothers and sisters.