Perkongsian: Football Selangor
Sharing is caring and in the spirit of #KitaJagaKita. We want to share posts from our friends from Football Selangor as they have championed Grassroots Football in Selangor since 2016. Enjoy reading them! Enjoy reading about a FIFA Referee and two grassroots community photographers.
LAW OF THE GAME.
Pengadil rasmi FIFA, tuan Razlan Joffri yang pernah mengadili saingan Liga FAS menasihatkan untuk memahami 'Law Of The Game', secara khususnya Law 12 semasa PKP 2.0 ini. Baca pesanan penuh beliau.
"Dalam tempoh PKP 2.0 ini, pergerakan dan aktiviti harian banyak terbatas. Oleh itu, saya menggunakan kesempatan ini untuk membaca tentang ‘Law Of The Game’. Saya sarankan pengadil-pengadil di FAS untuk lebih memberi tumpuan kepada Law 12 (Foul & Misconduct).
Banyak perubahan dan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh IFAB mengenai Law 12. Sebagai contoh, sebelum ini pengadil tidak boleh memberi kad sama ada kuning atau merah kepada pegawai pasukan tetapi setelah perubahan dibuat pengadil boleh membuat demikian. Tetapi pengadil harus mengenal pasti kesalahan apa yang telah dilakukan oleh pegawai supaya boleh mengelak sebarang kesilapan yang bakal dilakukan oleh pengadil dan selanjutnya menjejaskan kredibiliti pengadil tersebut.
Sebagai pengadil kita perlu sentiasa ‘update’ berkenaan Law Of The Game. Selain itu, kita juga perlu menjaga tahap fizikal dan kecergasan walaupun sedang PKP 2.0. Dua aspek ini perlu dititikberatkan untuk menjadi pengadil yang berkualiti".
SPORTS PHOTOGRAPHY
Mohd Hafizi atau lebih dikenali sebagai Fizie adalah seorang jurugambar sukan profesional dari Lensa Fizie. Beliau adalah antara jurugambar untuk saingan Liga FAS. Ikuti 'tips' beliau amalkan semasa PKP 2.0 jika anda berminat untuk menceburi bidang 'sports photography'.
- Banyak melihat gambar-gambar sukan di media sosial. Dengan ini, dapat menilai kualiti gambar sendiri & memperbaiki kekurangan.
- Berkongsi ilmu & pendapat mengenai fotografi sukan bersama rakan-rakan melalui sesi 'video call'.
- Mengambil gambar yang mengandungi pergerakan seperti orang berbasikal.
- Menonton tutorial di YouTube yang menerangkan tetapan kamera terbaik untuk fotografi sukan anda.
Apakah cadangan lain sewaktu PKP 2.0 ini untuk yang berminat dengan 'sports photography'?
“Banyak momen yang saya rindukan sewaktu bola sepak tidak dapat dilangsungkan buat masa ini. Rindu merakam aksi perlawanan, keseronokan pemain apabila menjaringkan gol, keceriaan pengendali padang dan penganjur liga, serta aktiviti berkongsi tugasan antara komuniti jurugambar bola sepak amatur di sekitar Lembah Klang.
Ketiadaan tugasan fotografi ketika ini, menjadikan saya seorang penghantar makanan, bekerja dari pagi sehingga malam.
Saya tidak sabar untuk bola sepak kembali. Saya berhasrat untuk merakamkan detik-detik terbaik buat pasukan & penganjur liga yang terlibat. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengasah kemahiran yang ada untuk menjadi antara jurugambar sukan yang terbaik”.
Inilah perkongsian Shah Amirul, salah satu jurugambar sukan amatur yang pernah bertugas untuk perlawanan Liga FAS mengenai impak PKP terhadap komuniti jurugambar amatur.