Perkongsian: Football Selangor
Sharing is caring and in the spirit of #KitaJagaKita. We want to share posts from our friends from Football Selangor as they have championed Grassroots Football in Selangor since 2016. Enjoy reading them! Enjoy reading about a two long serving grassroots community champions.
"Saya rindukan suasana pagi di hujung minggu apabila adik-adik kecil yang sungguh ceria hadir ke padang Rhino KV Arena untuk memulakan sesi latihan akademi Klasiko. Kita boleh lihat bagaimana mereka menikmati bermain bola dan belajar dari jurulatih mereka. Ramai ibu bapa yang 'Whatsapp' saya menceritakan bagaimana anak-anak mereka sentiasa bertanyakan "bila boleh main bola sepak balik?" pada mereka.
Sebagai penganjur Klang Valley League, saya juga rindukan suasana perlawanan setiap malam liga berlangsung di 'venue' kami seperti Rhino KV Arena, Eco Ardence & UM Varsity. Saya rindukan suasana yang tegang dalam padang & kemeriahan dari sorakan peminat tepi padang ketika perlawanan dimainkan.
PKP 2.0 sememangnya memberi impak yang besar kerana sesi latihan langsung tidak dapat dijalankan. Sebelum PKP 2.0 pun kami terpaksa membatalkan sesi latihan akademi kerana jumlah kes yang tinggi. Mujur semua staff termasuk barisan jurulatih kami mempunyai kerja tetap masing-masing, jadi impak dari segi kewangan kepada staff kami tidak begitu terasa.
Namun harapan saya jika kes kembali berkurang terutama di Selangor dan sampai ke tahap yang tidak membimbangkan, sektor bola sepak dibenarkan untuk beroperasi. Saya harap sukan bola sepak tidak "dianak tirikan" seperti sebelum ini di mana kita lihat industri sukan ini adalah yang terakhir dibenarkan untuk beroperasi
Saya dan pengarah teknikal Akademi Klasiko Encik Firdaus Tan sememangnya tidak sabar untuk bola sepak kembali kerana kami sudah ada perancangan untuk projek berikut:
1. Skuad projek Klasiko bawah 21 & 19 di mana kami akan menubuhkan dua skuad pelapis untuk pasukan senior Klasiko yang akan bermain di pusingan kelayakan Selangor Champions League 2021.
2. Program pra-akademi Klasiko. Program ini akan menerima adik-adik yang berusia daripada lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Program ini adalah persediaan buat adik-adik ini sebelum mereka menyertai Akademi Klasiko pada umur 7 tahun".
- Encik Khairil Anuar, pengasas Klasiko Academy.
"Adrenalin & semangat setiakawan komuniti bola sepak di padang, inilah yang saya rindukan sangat. Saya seronok tengok kepuasan semua pasukan dan pemain beraksi di padang terutamanya pada persaingan liga-liga amatur ataupun sosial. Sebagai seorang jurulatih, saya turut rindu merancang strategi dan memberi arahan di tepi padang.
PKP ini sangat memberi impak kepada Arena Legacy dan pengendali padang yang lain. Pada tahun 2020 kami tidak beroperasi selama lapan bulan. Tahun ini pula, kami terpaksa henti beroperasi selepas sahaja dua minggu. Keadaan kewangan syarikat amat membimbangkan dan masa depan pula dalam keadaan yang penuh tanda tanya.
Saya berharap bola sepak kembali dengan segera. Walaupun memerlukan SOP yang lebih ketat, jumlah pemain & perlawanan terhad dan tanpa penonton, cukuplah sekadar aksi perlawananan bola sepak di padang dapat dilihat semula. Bola sepak juga satu industri dan ramai juga individu dalam ekosistem bola sepak yang terkesan akibat Covid-19, jadi kembalikanlah senyuman mereka ini".
Perkongsian tuan Nadzry Abu Bakar, pengasas Arena Legacy mengenai kesan pandemik ini terhadap beliau serta perniagaannya.