Perkongsian: Di Hilir FC by Liga Lokal Perak

Sharing is caring and in the spirit of #KitaJagaKita. We want to share posts from Liga Lokal Perak as they have championed Grassroots Football in Perak. Enjoy reading them!

FB_IMG_1613669516698.jpg

Kelab Minggu Ini - Di Hilir FC

Nama team : Di Hilir FC

Gelaran : Sang Saktimuna (Legenda Naga Laut muara Sg. Perak)

Asal team : Hilir Perak

Tahun penubuhan : 20.10.2015

Diasaskan 100% oleh sebuah gerakan penyokong Perak FA/FC pada 2014 dalam daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk digelarkan DHilior Supporters (dahulunya Lower Perak Troopers) yang sering ke stadium setiap kali perlawanan membabitkan pasukan Perak. Mereka menjadi tulang belakang dan penyokong setia kepada DHFC.

Tujuan :

Merancakkan aktiviti sukan bola sepak tempatan dan mencungkil bakat serta memberi peluang kepada pemain muda dalam daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Perancangan & projek :

Telah mewujudkan pogram pembangunan akar umbi bawah 12 tahun (Di Hilir Juniors) berpusat di SK Seri Langkap, Perak sebagai perintis sejak 2017.

Mengadakan klinik bola sepak bawah 12 tahun sejak 2017.

Menganjurkan liga bawah 12 tahun sejak 2017 (DUN Sg. Manik).

Menyertai pertandingan-pertandingan bola sepak dan futsal melibatkan pelbagai peringkat umur.

Penyertaan :

Liga Bolasepak Hilir Perak (Teluk Intan) (PBDHP) sejak 2017.

Liga Bawah 19 Tahun Hilir Perak 2019 (PBDHP).

Piala Syed Ahmad 2018 (Taiping) (Bawah 12 tahun)

Sasaran :

Menjadi sebuah pasukan yang berdaya saing dalam liga daerah dan melahirkan bakat muda serta bergerak jauh dalam liga domestik.

Pencapaian :

Suku Akhir Piala TPM Dato' Zahid Hamidi 2017

Untuk penajaan dan persahabatan sekitar Teluk Intan boleh hubungi:

0115-696 4558 (Di Hilir FC)

012-322 0503 (Coach Zack)

FB_IMG_1613669524699.jpg