Perkongsian: Football Selangor

Sharing is caring and in the spirit of #KitaJagaKita. We want to share posts from our friends from Football Selangor as they have championed Grassroots Football in Selangor since 2016. Enjoy reading them!

TRIPLE THREAT!

Edisi kedua Piala Amatur Malaysia membawa sesuatu kelainan apabila tiga pasukan daripada tiga liga amatur berbeza bertanding.

@terengganuamateurleague All Stars berjaya mengekalkan status mereka selaku juara bertahan.

Pasukan dari Pantai Timur tersebut memulakan perjalanan dengan menewaskan @penangislandleague All Stars & dinobatkan juara selepas mengalahkan SCL All Stars.



75199964_2503247539724609_6242033622346366976_o.jpg

Pengulas SCL, Aiman Roshizam memenangi pertandingan Suara Emas: Peraduan Mengulas MFL pada tahun 2019.

Tahun ini, beliau secara rasminya telah dilantik sebagai Zone Reporter bagi zon Asia di FIFAe Club World Cup. Tahniah Aiman!

Baca cerita beliau. 👇🏻

"Permulaan saya asalnya daripada e-sukan. Saya nampak peluang untuk menjadi pengulas apabila syarikat Garena mahukan seorang pengulas dari Malaysia untuk FIFA Online 3 pada 2015. Saya kemudian dipilih sebagai pengulas separuh masa, mengulas kejohanan-kejohanan FIFA Online 3.

Saya menjadi pengulas SCL pada tahun 2018. Buat kali pertamanya saya mengulas sukan bola sepak secara realiti setelah bertahun melakukannya di bola sepak virtual. Alhamdulillah, kini sudah lebih 100 perlawanan saya ulas di lima negeri setakat ini.

Alhamdulillah, berkat sokongan kawan-kawan & penonton yang menilai, sesuatu yang tak dijangka berlaku apabila saya memenangi Suara Emas 2019. Sangat bersyukur sebab mendapat pengiktirafan penting dalam dunia pengulasan yang sukar untuk orang baru seperti saya tembus.

Ini turut membantu saya menaikkan profil untuk masa depan. Siapa tahu, mungkin untuk mengulas Liga Malaysia nanti?"

Tiada yang mustahil. 💪

Padang Bola Sepak Admin