Tunku Abdul Rahman | #KaranganBolaSepak

Tunku Abdul Rahman | #KaranganBolaSepak by Yayasan Tunku Abdul Rahman

tar1.jpg

Minat Almarhum Tunku Abdul Rahman kepada sukan bola sepak telah berputik dari sejak beliau berumur 12 tahun lagi apabila beliau mewakili Penang Free School dan kemudian bermain untuk University of Cambridge.

Selain dikenali sebagai Perdana Menteri yang pertama, rakyat Malaysia pada tahun 1950-an juga mengenali beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang pertama. Di bawah kepimpinan Tunku, sukan bola sepak negara berjaya menyaksikan zaman kegemilangannya. Ia melibatkan pembinaan Stadium Merdeka dan permulaan Pestabola Merdeka yang merupakan salah satu pertandingan bola sepak tertua dan terunggul di Asia.

Tunku percaya bahawa sukan boleh menjadi alat untuk menyatupadukan rakyat di negara yang berbilang kaum. Dalam kata-kata Tunku sendiri “Saya memang percaya... bahawa saingan mesra serta cabaran fizikal yang didapati dalam acara sukan adalah satu keperluan asas untuk membina negara yang harmoni dan kuat”.

tar 2.jpg

---

Almarhum Tunku Abdul Rahman’s great passion and love for football stemmed from the tender age of 12 when he represented Penang Free School and went on to play for the University of Cambridge.

While many remember Tunku as the first prime minister, Malaysians in the 1950s also remember him as the first President of the Football Association of Malaysia (FAM). It was under Tunku’s steadfast leadership that Malaysian football had witnessed its glory days with the construction of the Merdeka Stadium and the start of the annual Merdeka Tournament, one of the oldest football tournaments in Asia and the region’s most prestigious championships.

Tunku has strongly believed that sports were a unifying tool for citizens in a multiracial country. In Tunku’s words “I have always believed… friendly rivals and the physical struggle of competitive sports are fundamental requirements in building a happy, healthy nation”.

tar 3.jpg
Padang Bola Sepak Admin