FT : LUBNAN 2-1 MALAYSIA

Gambar Pasukan Malaysia. Photo Credit: FAM

Gambar Pasukan Malaysia. Photo Credit: FAM


GK : Hafizul Hakim

Pertahanan : Matthew Davies, Irfan Zakaria, Shahrul Saad, Ariff Farhan

Tengah :  Mahali Jasuli, Akram Mahinan, Nazmi Faiz

Penyerang : Wan Zack Haikal, Akhyar Rashid, Zaquan Adha


 

Permainan

Malaysia memulakan rentak dan corak permainan yang berbeza sebelum ini ketika menentang Mongolia berhasil keputusan seri 2-2 dan konflik pengguguran 12 pemain dari kelab JDT. Tetapi, kehadiran semula pemain Zaquan Adha yang diberikan tugas sebagai ketua pasukan membarisi skuad kebangsaan diikuti senarai pemain baru yang lain dipanggil oleh Tan Cheng Hoe menentang Lubnan untuk kejohanan Kelayakan Piala Asia 2019.

Malaysia dan Lubnan saling melancarkan serangan dan susunan pergerakan berbahaya sepanjang tempoh 45 minit pertama. Lubnan dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-18, mendahului kedudukan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Malaysia dapat menyamakan kedudukan melalui sepakan penjuru pada minit 72 yang dilakukan oleh Nazmi Faiz, ditanduk dengan kemas oleh Syafiq Ahmad yang baru dibawa masuk menggantikan Akhyar Rashid. Seterusnya, pemain Malaysia lancar serangan bertali arus untuk mendapatkan gol kemenangan tetapi ternyata Lubnan manfaatkan saat-saat akhir permainan dengan meledak gol kemenangan pada masa kecederaan minit ke 94 oleh Hilal El-Helwel  ketika kesemua pemain Malaysia didalam kawasan sendiri untuk bertahan.

 


 

Kem Malaysia

Pujian harus diberikan kepada kesemua pemain yang berjuang sehingga wisel penamat. Perlawanan menentang Lubnan di Beirut nyata menunjukkan peningkatan kesungguhan dan corak permainan, baik individu mahupun secara berkumpulan. Barisan pertahanan gandingan antara Shahrul Saad dan Irfan Zakaria nyata menunjukkan tahap kematangan permainan mereka. Tenang mengawal dan menyerap asakan dari pihak lawan. Kerjasama yang terbaik diberikan oleh mereka ketika sepanjang tempoh 90 minit.

Kembalinya Zaquan Adha dalam kem kebangsaan setelah disisihkan beberapa tahun sebelum ini nyata memberikan suatu pengharapan baru. Pergerakan yang dinamik, kesungguhan dalam membentuk serangan yang sering mengancam barisan pertahanan lawan. Tiada menunjukkan keletihan mahupun berputus asa malah sering melaungkan kata-kata semangat kepada rakan-rakan yang lain untuk teruskan permainan yang positif dan lancarkan serangan sepanjang 90 minit.

Mahali Jasuli, pemain yang makin menunjukkan kualitinya ketika kancah Liga Super bersama pasukan PKNS FC, nyata memberikan impak yang positif untuk barisan skuad kebangsaan. Posisi sebagai sayap kanan ketika menentang Mongolia sebelum ini, dan saling menukar tempat di sayap kiri. Kali ini, Mahali bergandingan bersama Nazmi Faiz di kawasan tengah padang menghasilkan persembahan yang cukup cemerlang ketika mengawal permainan dan hantaran-hantaran pendek yang kemas seterusnya berjaya menghantar bola kehadapan untuk menyerang kubu lawan.

Corak serangan Malaysia dapat kita lihat amat sukar untuk memasuki ke kawasan kotak penalti pihak lawan. Zaquan Adha telah memberikan persembahan yang cukup baik bersama Wan Zack Haikal, namun tidak cukup untuk berjaya mencuri masuk dalam kawasan tersebut. Corak serangan Malaysia banyak berjaya menguasai bahagian tepi dan kawasan zon 14.

 


 

Kesimpulan

Kekalahan demi kekalahan sepanjang tempoh ini, amat berat untuk diterima. Laluan untuk layak ke Piala Asia makin samar secara merit dan nyata banyak persoalan dan kelemahan yang masih belum berjaya dibaiki saban tahun. Sama-samalah kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan bolasepak dan tanah air berganding bahu memberikan yang terbaik dari segi sokongan, moral, dan aktiviti malah sumbangan dari semua peringkat. Ayuh! Bangkitlah HARIMAU MALAYA