Bola Sepak Itu Jiwa, Nyawa Dan Segalanya | #KaranganBolaSepak
Bola Sepak Itu Jiwa, Nyawa Dan Segalanya | #KaranganBolaSepak by Misdianto
Bola sepak. Ada banyak tanggapan kalau kita bersembang tentang sukan ini. Ada yang buat tak endah, ada yang anggap biasa saja dan ada juga yang anggap bola sepak adalah jiwa, nyawa dan segalanya. Seperti aku.
Kenapa aku anggap bola sepak sampai sebegini rupa? Walhal ia sukan yang mana 22 pemain mengejar sebiji bola atas padang, pada akhir perlawanan ada yang kalah dan ada yang menang ataupun seri.
Aku cukup minat bola. Selangor pasukan favourite aku. Tak sah rasanya jika sehari aku tak sembang, berfikir atau menonton perlawanan bola. Dari minat ini aku berjaya dapatkan kerja profesional dalam bidang bola sepak iaitu sebagai penulis.
Aku teramat bersyukur dengan apa yang aku buat sekarang. Tak pernah terbayang apa aku akan buat selain daripada football thing dalam hidup aku ni. Inilah sebab mengapa aku anggap bola ni sebagai “nyawa”. Banyak jasa sukan ni sepanjang aku hidup di bumi Tuhan ini.
Aku nak sentuh bab “segalanya” pula. Dalam hidup ni ada jatuh dan bangun, kadang kita ada di atas, kadang kita berada di bawah. Bola sepak dengan mudah untuk naikkan aku kalau aku tengah “down” ataupun jatuh dek kerana masalah dunia.
Simple. Aku pergi stadium, tengok Selangor main dan serta-merta aku lupa dengan masalah dunia. Tak kira menang atau kalah, walaupun pemain main macam celaka, tapi menyaksikan Selangor beraksi di depan mata sememangnya satu perasaan yang berbeza pada aku.
Kadang orang bertanya, kenapa aku ni melebih bila perihal bola sepak ni. To be honest, aku gagal jawab pertanyaan mereka. Bagi aku inilah cara hidup aku. Bak kata seorang Gagalis, “bola dulu baru kamu”.
Bagi sesetengah orang, alasan aku kat atas ni cliche. Tapi macam aku cakap, ini cara hidup aku. Aku jalani hidup aku begini.
Aku harap Malaysia tercinta segera pulih daripada COVID-19 ni. Agar aku boleh kembali kepada perkara yang menjadi jiwa, nyawa dan segalanya bagi aku, iaitu bola sepak. Amin.
Note from padangbolasepak.com: During the Restriction Movement Order 2020 Malaysia to combat Covid19 - Padangbolasepak.com encourages you from home to write essays about our beloved game of football. Can be anything. Why you fell in love with it? Your first game watching or playing? Friendships forged? Etc. Stars the limit.
500-1,000 / more words.
The objective is simple. Sharing the joy of football. Challenge you to write about the joy you may want to share. As well as keep you occupied and encourage to write. Provided that you have nothing else to do. Email us your essay with a photo attached at contact@padangbolasepak.com & we’ll post on the website as well on social media.
Thank you and take care brothers and sisters.