Piala Malaysia & Reunion Sekolah | #KaranganBolaSepak

Piala Malaysia & Reunion Sekolah | #KaranganBolaSepak by Ahmad Farid

Tahun 2018 merupakan tahun gemilang buat skuad Yob apabila menjuarai Piala Malaysia buat kali ke lapan sepanjang sejarah penubuhan pasukan. Tetapi ia menjadi lebih manis apabila kenangan itu dikongsi bersama rakan-rakan yang sentiasa menjadi teman ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan Perak. 

Aku masih ingat ketika Perak akan bertemu PKNS di suku akhir. Badi ketika bertemu PKNS pasti akan kalah, tetapi semuanya bertukar apabila Perak berjaya melangkah ke separuh akhir bertemu Sabah. Ditakdirkan ke final bersama Terengganu dimana acara akan berlangsung di Stadium Shah Alam. 

Ketika tiket diumumkan akan dijual pada sekian tarikh dan waktu, aku dan rakan-rakan sibuk berbincang cara-cara untuk mendapatkan tiket untuk memastikan kouta tiket mencukupi sehingga satu ‘group’ Whatsapp diwujudkan. Maklumlah bukan selalu Perak ke final. 

Selesai perbincangaan, semua faham akan peranan masing-masing. Aku ditugaskan untuk mendapatkan tiket di Tickethotline.com kerana aku bekerja di kawasan lembah Klang sementara yang lain Ipoh akan ‘standby’ di kaunter-kaunter stadium dan sekitar daerah. Tiket punya pasal sehingga ada yang sanggup untuk membeli MC. Di hari kejadian, aku sudah ‘standby’ di laman sesawang Tickethotline.com yang pada ketika itu aku berada di pejabat. Tepat jam 10.00 pagi aku berjaya menembusi untuk membeli tiket tetapi tiba-tiba bos aku betul-betul berada di belakang aku. Hati aku berbisik ‘bukan selalu Perak masuk final, pedulikan la bos nak cakap apa pun’. Alhamdulillah, di izikan Allah, semua rakan-rakan berjaya mendapatkan tiket. 

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Aku menanti rakan-rakan di stadium Shah Alam. Ada yang menaiki bus Plusliner. Ada juga yang memandu sendirian kerana bekerja di separuh hari. Kami memenuhi ruang stadium se awal pukul 6 petang. Pelbagai aktiviti dilakukan sementara menunggu waktu sepak mula. Apabila perlawanan bermula pelbagai caci makian dilontarkan kepada kedua-dua pasukan termasukan juga kepada pengadil pada perlawanan itu. Paling teruk apabila Idris Ahmad dan Hafizul Hakim ketika mereka melakukan kesilapan mudah untuk memberikan gol kepada pasukan Terengganu. Menjadi lebih menarik apabila Perak berjaya melakukan ‘come back’ dan gol sendiri pada minit akhir oleh pemain Terengganu. Siapa sangka, Terengganu sudah separuh langkah untuk dinobatkan sebagai juara tetapi rezeki memihak kepada Perak.

Dipendekan cerita, Perak dinobatkan menjadi juara Piala Malaysia edisi tahun 2018 selepas penentuan sepakan penalti di mana Hafizul Hakim menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan dua sepakan.

Keesokan harinya, aku dan rakan-rakan akan menghadiri acara yang dianjurkan oleh persatuan bekas pelajar St Michael Institution Ipoh dimana acara bolasepak inter batch akan berlangsung. Lebih menarik Hafizul Hakim & Kenny Pal Raj merupakan rakan batch kami. 

Pasukan batch kami menjadi tumpuan dan menjadi pilihan juara pada hari itu. Tetapi kami berjaya mendapat tempat ke-3. Manakan tidak, hanya Hafizul sahaja yang boleh bermain bola berbanding rakan-rakanya yang lain yang cuma mampu berlari untuk 10 minit. Selepas itu selesai acara penyampaian hadiah, sesi bergambar dan kami terus bersurai. 

Kesimpulannya, itu la sebahagian cerita yang ingin aku kongsikan. Kenangan ini akan aku dan rakan-rakan simpan untuk menjadi cerita pada hari tua kelak.

Image.png

Note from padangbolasepak.com: During the Restriction Movement Order 2020 Malaysia to combat Covid19 - Padangbolasepak.com encourages you from home to write essays about our beloved game of football. Can be anything. Why you fell in love with it? Your first game watching or playing? Friendships forged? Etc. Stars the limit. ⁣

500-1,000 / more words.⁣

The objective is simple. Sharing the joy of football. Challenge you to write about the joy you may want to share. As well as keep you occupied and encourage to write. Provided that you have nothing else to do.⁣ Email us your essay with a photo attached at contact@padangbolasepak.com & we’ll post on the website as well on social media.⁣

Thank you and take care brothers and sisters.