SUATU KEANEHAN YANG DIPANGGIL BOLA SEPAK │ #KaranganBolaSepak
SUATU KEANEHAN YANG DIPANGGIL BOLA SEPAK │ #KaranganBolaSepak by Slamet Sazly Yakub
Ini adalah satu pengakuan;
I am a certified geek, and a bonafide nerd.
Biarpun sukan, terutama bola sepak, merupakan satu subjek yang amat diminati, obsesi penulis dengan bahan bacaan, filem dan televisyen, dan juga muzik, adalah satu kenyataan yang hakiki.
Penulis mungkin tidak menepati ciri-ciri peminat bola sepak sejati. Bukan bermakna bola sepak tiada tempat dalam hati ini. Malah, penulis berani menyatakan bahawa minat pada dua pasukan kegemaran, Perak (pasukan tempatan) dan Tottenham Hotspur, sudah masuk dekad ketiga.
No need to do the math. Yes, I’m quite old.
Cuma, tidak seperti kebanyakan peminat, yang jatuh cinta dengan permainan indah ini melalui tontonan perlawanan sebenar di stadium ataupun di kaca televisyen, hubungan penulis dengan bola sepak bermula dengan cara yang tidak ortodoks.
Pendedahan pertama penulis kepada bola sepak adalah ketika perakam video kaset (VCR) merupakan satu alatan penting dalam setiap rumah di seluruh negara. Setiap minggu, arwah Bapak, panggilan penulis buat bapa tersayang, akan merakam filem-filem kegemarannya yang ditayangkan di televisyen, dan akan memainkan semula untuk sesi tontonan sekeluarga pada setiap malam minggu.
Pada salah satu malam itu, filem pilihan Bapak adalah sebuah filem Inggeris berjudul Escape To Victory, lakonan Michael Caine & Sylvester Stallone.
Filem yang memaparkan kisah tawanan perang dan pengawal pusat tahanan berentap dalam suatu perlawanan bolasepak itu, bukanlah suatu filem yang, pada pendapat penulis, satu karya agung dalam sejarah perfileman. Tetapi setiap kali beberapa watak muncul di skrin, Bapak akan menyebut nama-nama mereka dan seolah memberi ulasan selari mengenai latarbelakang mereka.
“Fuh, Pele. Player Brazil ni. Legend.”
“Tengok tu Bobby Moore. Kapten England tu. Sebab dial ah England boleh menang World Cup dulu.”
“Bapak punya favorite ni. Ossie Ardilles. Argentina. Main ada gaya.”
Penulis ketika itu hanya kenal Sly, atau John Rambo, atau Rocky Balboa, atau….(isi tempat kosong dengan watak Sly kegemaran anda).
Tetapi ada sesuatu mengenai keterujaan Bapak dengan watak-watak ini yang buat hati ini terdetik ingin tahu dengan lebih lanjut tentang permainan yang menjadi plot utama filem ini.
Pendedahan kedua penulis kepada the beautiful game ini pula berlaku selang beberapa bulan selepas malam itu. Salah satu kegemaran Bapak adalah membelikan bahan bacaan untuk keluarga. Tidak kiralah buku, majalah (Wanita untuk Mak, URTV untuk Kakak, Gila-Gila untuk penulis), Bapak hanya mahu keluarganya mebaca, tidak kiralah apa bahan bacaan itu. Asalkan membaca.
Pada hari itu, selepas menyerahkan majalah-majalah kepada Mak & Kakak, Bapak menyerahkan satu naskhah komik barat bertajuk Roy of The Rovers kepada penulis.
“Sekali-sekala bacalah komik English pulak. Macam mana nak bagus, kalau tak practise reading.”
Niat awal untuk protes kerana tiada majalah Gila-Gila petang itu, terus hilang sebaik sahaja penulis menyelak halaman komik itu satu demi satu. Kisah Roy Race dan kelab Melchester Rovers seolah menarik penulis ke suatu alam yang penuh dengan kejutan dan kegembiraan. Setiap selakan, menggamit imaginasi dan konsentrasi penulis, dan seolah memberi suatu pencerahan dari satu kuasa yang lebih besar, tentang betapa unggulnya sukan bola sepak ini.
The rest was history, as they say.
Bapak pergi meningggalkan kami pada tahun 1996, 3 tahun selepas pemergian Bobby Moore akibat barah, dan penerbitan terakhir komik Roy of the Rovers pada tahun 1993. Sepanjang tempoh itu, penulis dan arwah Bapak semakin rancak menyelitkan bola sepak sebagai subjek utama dalam perbualan kami.
Bola sepak bagi kami, ketika itu, sudah menjadi suatu proksi universal yang menyatukan seorang bapa dan anaknya.
Penulis masih sukar untuk mendefinisi hubungan dengan sukan yang indah ini. Ada kalanya, bola sepak seperti satu-satunya kegilaan yang masuk akal dalam menjadikan hidup ini nyata. Ada masanya juga, di mana bola sepak hanyalah satu means to an end bagi penulis. Seolah sukan ini hanya satu nota kaki dalam perjalanan hidup ini.
Biarpun begitu, kewujudan nota kaki itu masih suatu yang wajib dalam kehidupan seharian.
Yes, it’s complicated.
Dalam babak terakhir filem kegemaran penulis, Annie Hall arahan Woody Allen, watak Alvy Singer menjelaskan dinamik hubungan beliau dengan Annie Hall, protagonist utama filem itu menerusi satu jenaka yang mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai abang yang kurang siuman, yang menyangka dirinya itu seekor ayam. Bila ditanya oleh seorang doktor, mengapa abangnya itu tidak dihantar untuk rawatan, lelaki itu menjawab;
“I would, but I need the eggs.”
Mungkin itu sebenarnya perasaan peminat seperti penulis, terhadap bola sepak. Tidak rasional dan masuk akal dan kadang kala tiada penjelasan yang munasabah.
But I guess, most of us, need the eggs.
Note from padangbolasepak.com: During the Restriction Movement Order 2020 Malaysia to combat Covid19 - Padangbolasepak.com encourages you from home to write essays about our beloved game of football. Can be anything. Why you fell in love with it? Your first game watching or playing? Friendships forged? Etc. Stars the limit.
500-1,000 / more words.
The objective is simple. Sharing the joy of football. Challenge you to write about the joy you may want to share. As well as keep you occupied and encourage to write. Provided that you have nothing else to do. Email us your essay with a photo attached at contact@padangbolasepak.com & we’ll post on the website as well on social media.
Thank you and take care brothers and sisters.