JOURNEY TO AFC CUP | #KaranganBolaSepak
JOURNEY TO AFC CUP | #KaranganBolaSepak by ajisi98
Aku masih ingat pada kisah dua tahun yang lalu december 2017 dimana ketika itu pasukan kebangsaan malaysia buat pertama kalinya layak ke kejohanan AFC Cup 2018 U-23 di Changshu, China. Berita ini sememangnya merupakan satu berita yang sangat gembira but peminat bolasepak tanah air.Aku yang sedang belajar di beijing ketika itu,terus membuka peta untuk melihat jauh mana jarak Beijing ke Changshu . Yaa sememangnya agak jauh,sekitar 1150 km.maka terpaksalah aku melupakan keinginan untuk pergi & menyokong pasukan harimau malaya.
Namun pada satu hari, ketika aku dan rakan rakan yang lain sedang melepak,seniorku abang Faizal yang baru pulang dari kelas terus mengeluarkan topik berbual tentang kejohanan AFC Cup U-23 yang akan berlangsung pada awal Januari 2018, Faizal dengan nada yang bergurau senda dia mengajak kami untuk bersama sama dengannya pergi ke Changshu menyokong pasukan harimau malaya kita. Aku dan rakan rakan yang amat terkejut dengan ajakan abang Faizal,lihat dari riak wajahnya yang begitu serius, sekali lagi dia bersuara: “ jomlah pi changshu tengok bola”. Ternyata faizal amat serius dengan rancangannya itu.
Tanpa befikir panjang Kami pun turut bersetuju dan terus mencari tiket ke Changshu,student seperti kami semestinya mencari tiket keretapi yang paling bajet berharga sekitar rm280, yang mana tiket itu adalah tiket ekonomi yang paling murah.
Kami bertolak awal sehari kerana perjalanan dari Beijing ke Changshu memakan masa lebih kurang 13 jam. Yang menariknya hari kami bertolak ke changshu jugak merupakan hari terakhir peperiksaan akhir semester,dimana sekitar jam 5 petang tamat kertas akhir, dan jam 6 petang terus bergegas ke stesen keretapi,kerana keretapi dari Beijing ke Changshu bergerak jam 7:30 malam, rezeki berpihak kepada kami Alhamdulillah kami merupakan orang terakhir yang menaiki keretapi tersebut.
Esoknya kami tiba di Changshu lebih kurang jam 9 pagi, terus sahaja checkin hotel untuk berehat,dan menanti perlawanan pertama Malaysia vs Iraq pada sebelah petang. Seumur hidup aku hanya mampu melihat aksi pasukan Malaysia di televisyen sahaja,ini kali pertama aku dapat melihat aksi pasukan Malaysia betul betul di depan mata aku sendiri, tidak dapat dibayangkan bertapa gembiranya hatiku ketika itu, akhirnya dapat jugak tengok pasukan Malaysia bermain secara live di stadium,biarlah bukan skuad senior, tetapi skuad U23 ketika itu tak kurang juga hebatnya, dibarisi pemain seperti Dominic Tan, Syamer Kutty, Safawi Rasid dan termasuk pemain favourite aku Adam Nor Azlin serta lain lain lagi.
Setibanya di stadium,dari jauh aku melihat ada sekumpulan orang mengibarkan bendera malaysia, dan sangkaan aku tepat, itu lah sekumpulan anak muda yang digelar pemain ke 12 pasukan Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya.aku sangat teruja kerana biarpun kejohanan ini berlangsung di China namun masih ada orang yang cintakan bola sepak Malaysia sanggup dating menyokong skuad Malaysia U-23. kami terus menyapa mereka dan bersama sama dengan mereka berada di sudut stadium menyokong dan menjerit demi Harimau Malaya.antara geng Ultras Malaya yang turut hadir ke stadium ketika itu rata rata merupakan orang kuat ultras malaya sendiri, seperti abang Lekir,abang Iyzat, abang Aloy dan lain lain lagi.mereka merupakan orang yang friendly dan mudah diajak bual, disini aku sedar bahawa mereka ini lah orang yang tak kenal erti penat lelah sanggup mengeluarkan wang saku sendiri membeli tiket penerbangan datang ke China untuk menyokong pasukan malaysia,memang diehard fan lah. Mestipun perlawanan pada petang tersebut malaysia tewas 1-4 di tangan Iraq, tapi semangat juang para pemain Malaysia menahan asakan dari pasukan Iraq wajar dipuji.
Inilah sedikit sebanyak pengalaman aku pertama kali menonton perlawanan skuad Harimau Malaya di stadium.
Semoga pandemik ini cepat cepat pergi dan kita juga harap dapat segera kembali ke stadium untuk menyokong pasukan negara kita.
“Akanku serahkan segalanya kepadamu”
DEMI MALAYSIA
*Dah lama tak buat penulisan Bahasa Melayu, last masa SPM rasanya,berkarat habis ni.
By:ajisi98
Note from padangbolasepak.com: During the Restriction Movement Order 2021 Malaysia to combat Covid19 - Padangbolasepak.com encourages you from home to write essays about our beloved game of football. Can be anything. Why you fell in love with it? Your first game watching or playing? Friendships forged? Etc. Stars the limit.
300-500++ words.
The objective is simple. Sharing the joy of football. Challenge you to write about the joy you may want to share. As well as keep you occupied and encourage to write. Provided that you have nothing else to do. Email us your essay with a photo attached at contact@padangbolasepak.com & we’ll post on the website as well on social media.
Thank you and take care brothers and sisters.