Perkongsian: Football Selangor

Sharing is caring and in the spirit of #KitaJagaKita. We want to share posts from our friends from Football Selangor as they have championed Grassroots Football in Selangor since 2016. Enjoy reading them! Enjoy reading about a referee, a commentator, and a manger.

001.jpg

"Untuk mengadili liga sosial, ia memerlukan ketahanan mental & fizikal yang kuat serta juga keputusan yang tepat. Sedikit kesilapan bakal membuat permainan jadi tidak cantik.

Saya pastikan untuk berkerja lebih keras demi menjayakan setiap saingan. Cabaran ini yang saya rindukan untuk beraksi sebagai seorang pengadil". - Mohd Arman Bin Mat Nafi, pengadil Selangor

008.jpg

"Penceritaan, jeritan, keghairahan, drama, tangisan dan perasaan. Lengkapkan senarai ini yang sama dengan perasaan anda ketika di padang bola. Tiada tandingan dan tidak akan sama.

Berada di tepi padang tak kira hujan panas perlukan pengorbanan. Perlunya kekuatan fizikal dan mental. Persiapan selama berminggu saya korbankan sebagai pengulas hanya untuk memberikan pengalaman seolah berada di stadium menonton perlawanan di depan mata bagi mereka yang tak dapat hadir.

Malah ada yang datang bertanya jika ada di mana boleh dapatkan pautan siaran langsung ini. Saya rasa sangat rindu dengan suasana tersebut. Kita satu komuniti, saling melengkapi demi bolasepak yang dicintai".-Nurudin Albakri bin Ibrahim Bakkry, pengulas Liga FAS & SCL.

002.jpg

"Bolasepak merupakan sukan paling popular di dunia. Pasti banyak momen yang kita rindukan.

Begitu juga saya, seorang jurulatih pasukan bolasepak amatur Forza Maju Jaya FC.

Sangat rindu akan suasana ketika sesi latihan melibatkan drills, susunan taktikal, gelak tawa dan gelagat para pemain serta barisan kejurulatihan lain yang sudah dianggap sebagai sebuah keluarga besar Kelab.

Bagi suasana perlawanan sebenar pula; kemeriahan, keghairahan dan tekanan amat dirindui sekali. Rindu untuk melihat kesungguhan pemain sendiri dan pihak lawan di dalam padang, tiupan wisel pengadil, jeritan jurulatih memberi arahan dan sorakan penyokong.

Saya berharap dan berdoa agar PKP 2.0 dan pandemik ini akan berakhir supaya semua dapat kembali menikmati sukan ini. Kami juga terpaksa menangguhkan pembukaan akademi futsal baharu kami "Forza Futsal Academy". InsyaAllah akan dibuka sebaik PKP berakhir, mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN".

Coach Asri / Ee Forza Maju Jaya FC